Sertai Dungun Blogger`s
Anda penulis blog? Berasal dari Dungun? Jika YA, sertai kami. Tidak....Tetapi Menulis Hal Berkaitan Dungun..pun boleh sertai kami.Pokok Dungun
Di katakan nama daerah Dungun di ambil sempena nama pokok ini.
Famili : Steculiaceae / Nama Sains : Heritieria littoralis Dryand
Nama Tempatan : Dungun
Lagu Rakyat Terengganu
Koleksi lagu-lagu rakyat TerengganuSabtu, Julai 04, 2009
Khamis, Mac 19, 2009
FAJAR : Monumen Yang Menyemakkan
Sejak bila ianya dibina tak sempat plak En.Lanun nak siasat. Nanti la En.Lanun akan ambil sampel bangunan tersebut untuk membuat ujian kimia di makmal bersama pakar kajihayat dari Uganda Timur dan temuramah dengan Makcik Bedah penjual kerepek pisang yang berjaya di sekitar jalan Albalion Road yang terletak di Real Madrid, Sepanyol. En.Lanun sempat jugak melihat beberapa buah filem kat situ. Antaranya Power Rangers The Movie (maklum la time tu En.Lanun masih kanak-kanak riang), Sembilu, dan beberapa buah cite Indonesia. Selain tu jika tiada duit maka En.Lanun menyelak daun pintu ditepi bangunan tersebut dan menyendalnya dengan anak batu bersama rakan-rakan untuk “skodeng” cite kat dalam. Pernah jugak sekali tu dikejar oleh pekerja panggung tu.
Setelah ditutup kerana penduduk Dungun ni mempunyai pemain HV sendiri (tape yang besar tu…time tu takde VCD lagi). Tape tersebut dapat disewa di beberapa buah kedai sekitar Dungun dengan kadar RM10 untuk 3 tape kalau tak silap, tapi sebelum tu kena daftar keahlian dulu. Maka secara tidak langsung dan secara siaran langsung pengunjung di panggung ni berkurangan. Beberapa saat, detik dan ketika kemudian ianya ditutup dan tidak digunakan.
Ada usaha-usaha untuk menghidupkan kembali struktur fosil ini dengan membuka kedai perabot, tetapi tidak lama kemudian ianya hangus terbakar sebagaimana babak kebakaran yang dtayangkan oleh panggung ini suatu masa dulu. Kini ianya dibiarkan usang dan ada juga aktiviti yang tidak sihat berlaku didalamnya seperti “mencucuk dadah” “menghidu gam“. “Yelah dah tempatnya pun terbiar takkan nak buat aktiviti sihat seperti senamrobik atau memasak plak kat situ” komen Cristiano Ronaldo ketika Manchester United membuat lawatan sambil belajar di Teluk Gadung beberapa tahun yang lepas.
Tapak tanah bangunan ini hanyalah pajakan sementara kepada pemilik bangunan ini dan ianya telah tamat sekitar tahun 1996 macam tu lah. Tetapi disambung kembali pajakannya oleh kerajaan negeri (peringkat daerah) ketika itu untuk 99 tahun lagi (kalau tak silap la). Oleh itu tiada siapa yang oleh menceroboh, atau merobohkan bangunan ini. Tiada sebarang injuksi mahkamah dapat dibuat. Maka penduduk Dungun perlu menunggu 99 tahun lagi untuk melihat monumen ini tidak dilihat. Betul ke ayat aku? Lantak la……..
FAKTA : Tahukah anda, walaupun sedemikian buruk rupanya Bangunan Fajar ini, ianya masih diletakkan tanda ” UNTUK DI SEWA”.
LPT Tak Sedap

Memang sudah beratus kali En.Lanun melalui lebuhraya yang sekadar melepaskan batuk ditangga tu, tapi baru hari ni tergerak untuk dipaparkan didalam blog ni. Ianya amat berbeza dengan lain-lain lebuhraya di Malaysia ini jika hendak dibandingkan dengan lebuhraya LDP, PLUS dan sebagainya. Apakah kelebihan LPT ini dengan rakan-rakannya yang lain? Antara ciri-cirinya adalah :-
- Permukaan jalannya tidak disekata, berlubang serta berbonggol yang membolehkan kenderaan anda melambung-lambung ketika memandu terutamanya di kawasan jejambat.
- Disekitar LPT ini juga, jika bertuah para pengguna akan dapat melihat lembu-lembu melintas. Panorama ini tidak dapat dilihat di lain-lain lebuhraya..pengguna juga berpeluang melanggar-langgar lembu-lembu tersebut.
- Untuk memberikan keseronokan “traffic jamm” kepada pengguna ketika musim-musim perayaan ataupun cuti umum, syarikat konsesi LPT juga telah menyediakan hanya 1 lorong tol untuk pembayaran tunai, 1 lorong untuk Touch n Go serta 1 lorong untuk SmartTag.
- Para pengguna juga pasti akan sentiasa dapat melihat keindahan susunan geometri kon-kon yang disusun kerana ada sahaja lorong ditutup untuk pengubahsuaian dan pembaikian sedang dijalankan.
Pengalaman En.Lanun melalui LPT pada hari Rabu baru-baru ini.
- Sekurang-kurangnya 5 tempat lorong ditutup dan dibuka hanya satu lorong dan adakalanya trafik dilencongkan ke lebuhraya yang bertentangan arus.
- Terlihat kemalangan yang menyebabkan kematian S/usaha kerja UMNO Negeri Pahang iaitu Datuk Abdullah Rahmat, 5. Maut apabila kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki bersama dua rakannya terbabas setelah terlanggar seekor lembu dalam kemalangan di KM92 Lebuh Raya Pantai Timur, dekat Lanchang.

Ada yang tidak kena’ — 150 kemalangan di LPT sejak dibuka dua bulan lalu
Utusan Malaysia
17 Oktober 2004
ms 01
Dalam Negeri
KUALA LUMPUR 18 Okt. - Ketua Trafik Pasukan Bukit Aman, Datuk Gingkoi Seman Pancras percaya terdapat sesuatu yang `tidak kena’ dengan Lebuhraya Pantai Timur (LPT) sehingga berlaku lebih 150 kemalangan sejak ia dibuka dua bulan lalu.Ini kerana, katanya, berdasarkan kajian yang dijalankan Polis Trafik Pahang mendapati beberapa lokasi sepanjang LPT berpotensi mengundang kemalangan maut dan kenderaan mudah terbabas.
Beliau memberitahu, antara lokasi yang dilaporkan sering berlaku kemalangan ialah dari Kilometer (Km) 90 hingga 131 berdekatan Lancang dan Temerloh.
“Kajian dan rekod kami menunjukkan di daerah Temerloh sahaja terdapat 47 kes kemalangan sejak LPT dibuka.
“Daripada jumlah itu, 36 kes dilaporkan berlaku di Kilometer 90 hingga 131.
“Walaupun tidak dinafikan kemalangan berlaku akibat kecuaian manusia dan memandu melebihi had laju, tetapi kita juga tidak boleh mengetepikan faktor seperti keadaan jalan raya,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kemalangan membabitkan seorang warga emas, Kidin Mohamad, 82, yang terbunuh selepas tercampak keluar dari ambulans yang terbabas lalu terbalik di Km 187, LPT dekat Kuantan, semalam.
Statistik Polis Trafik Pahang menunjukkan sehingga 15 Oktober lalu, sebanyak 153 kemalangan dilaporkan berlaku sepanjang LPT termasuk tiga kemalangan menyebabkan kematian.
Menteri Kerja Raya, Datuk Seri S. Samy Vellu sebelum ini dikritik hebat setelah didapati struktur jalan di lebuh raya itu tidak berkualiti semasa dibuka 1 Ogos lalu sehingga Badan Pencegah Rasuah (BPR) terpaksa menyiasat dakwaan itu.
Menurut Gingkoi, pihaknya sudah memaklumkan dan menyerahkan beberapa laporan berhubung lokasi berbahaya itu kepada Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob dan pengendali LPT, MTD Capital Berhad (MTD) untuk tindakan lanjut.
Katanya, polis trafik akan memantau perkembangan di kawasan tersebut dari semasa ke semasa bagi mengurangkan kadar kemalangan khususnya melibatkan kematian.
“Di samping itu, kita juga mungkin menempatkan anggota-anggota di lokasi yang dianggap berbahaya khususnya menjelang musim perayaan bagi mengawasi keadaan di situ,” katanya.
Pada perkembangan berkaitan, Gingkoi meminta orang ramai supaya memberikan laluan sekiranya mendengar isyarat kecemasan dari ambulans, bomba atau kenderaan pasukan keselamatan.
Di Kuantan, ARSHAD KHAN melaporkan, pemegang konsesi Lebuh LPT, MTD Capital Berhad diminta mempercepatkan pemasangan papan tanda amaran angin lintang dan kabus di beberapa lokasi sepanjang laluan sejauh 169 kilometer di lebuh raya itu.
Pegawai Turus Trafik Pahang, Deputi Supritendan Wan Mohd. Samsudin Wan Osman berkata, pemasangan papan tanda perlu disegerakan kerana kawasan Pantai Timur sudah mula memasuki musim monsun dan jumlah kenderaan semakin banyak pada musim perayaan ini.
Keadaan hujan yang kerap dan berangin kata beliau, akan menyebabkan pergerakan angin lintang berlaku dengan lebih banyak.
“Sebelum ini kita diberitahu, papan-papan tanda berkenaan akan dipasang pada minggu lepas, namun sehingga ke hari ini, selepas saya menelefon MTD, dimaklumkan papan-papan tanda berkenaan masih lagi di stor mereka di Ipoh,” katanya.
Menurut Wan Mohd. Samsudin, angin lintang dikesan di Kilometer 164, 174 dan 178.9 berhampiran Maran. Keadaan berkabus pula dikenal pasti berhampiran Kilometer 150.
Keadaan angin lintang di LPT kata beliau, tidak boleh dipandang remeh kerana beberapa anggota beliau yang meronda minggu lalu terserempak dengan sebuah kemalangan yang diakibatkan faktor itu.
“Kenderaan jenis Wira itu terbalik dengan keempat-empat tayarnya ke atas, malah kenderaan pacuan empat roda anggota polis juga bergoyang akibat angin lintang,” katanya.
[Artikel asal: http://mydungun.com.my/blog/?p=113]
Menyusahkan Orang Lain
Parking tak kisah lah, yang menjadi masalah serta menggugat keselamatan dan nyawa adalah ketika memandu kereta keluar dari kawasan bangunan tersebut untuk ke jalan besar. Pasti disebelah kanan anda terdapat deretan kereta yang parking di situ.
Pembetulan ejaan pada imej [Kawasan Dilarang Meletakkan Kenderaaan] Sepatutnya tempat yang ditandakan dalam petak merah tidak harus diletakkan sebarang kenderaan kerana melindungi pemandangan kenderaan yang mahu keluar untuk ke jalan utama. Pihak berkuasa harus meletakkan garisan kuning di kawasan tersebut. Janganlah menunggu sehingga ada nyawa terkorban barulah hendak mengambil tindakan.
Gambar seawal jam 9.30 pagi pada 11 November 2008. Jika dalam keadaan hujan sebegini ianya menambah kesukaran untuk pengguna mahu keluar ke Jalan Baru Pak Sabah….Arrgghhhhhhh!!!!![Artikel asal ; http://mydungun.com.my/blog/?p=58]





