"Suatu Komuniti"

8.2.10

Disebalik Lagu “SELAMAT SULTAN”

Lagu kebesaran Negeri atau Lagu Selamat Sultan yang digunakan hingga masa kini digubah dalam tahun 1927 , semasa pemerintahan Almarhum Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah. Penggubahnya ialah Cikgu Mohd Hashim bin Abu Bakar, peranakan Singapura yang semasa itu menjadi seorang guru di Sekolah Melayu Paya Bunga Kuala Terengganu. Beliau juga seorang guru Pancaragam Pasukan Pengakap Sultan Sulaiman.

Lagu ini telah disusun oleh beliau bagi menjunjung titah perintah Duli Yang Maha Mulia Almarhum Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah. Setelah gubahan lagu itu siap, ia telah dipersembahkan dan diperdengarkan kepada Duli Yang Maha Mulia Almarhum Sultan. Baginda telah mengapuni berkenan menerima lagi itu dan ia dijadikan ‘ Lagu Selamat Sultan ’. Susunan senikata lagu asal adalah seperti berikut :-

Allah peliharakan Raja kami

Sultan Terengganu Negeri

Allah peliharakan Raja kami

Sejahtera dua laki isteri

Allah peliharakan Raja kami

Memerintah Terengganu Negeri

Susunan senikata asal telah disusun dan digubah semula oleh Pejabat Pelajaran Negeri Terengganu selepas pemerintahan Jepun dan kekal sehingga 9 Mac 1990. Senikata lagu yang telah digubah semula adalah seperti berikut :-

Allah peliharakan Raja kami

Memerintah Terengganu Negeri

Allah peliharakan Raja kami

Sejahtera suami isteri

Allah perliharakan Raja kami

Sentosa rakyat negeri

Pada tahun 1989, Allahyarham Dato’ Setia Jasa ( Dato’ Hj. Mohd Salleh bin Hj. Awang ) telah mencadangkan supaya senikata lagu " Selamat Sultan " diubahsuai. Sehubungan dengan itu, Pentadbiran Negeri telah menubuhkan sebuah Jawatankuasa seramai 8 orang yang diketuai oleh Y.B. Setiausaha Kerajaan Terengganu ( Y.B. Setia Wangsa ) bagi mengkaji semula senikata lagu ‘ Selamat Sultan ’. Sebahagian senikatanya didapati kurang sesuai dengan keadaan sekarang dan tidak pula mengikuti bahasa Istana. Jawatankuasa ini telah membuat beberapa pindaan ke atas senikata lama lagu tersebut.

Almarhum Duli Yang Maha Mulia Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah telah mengampuni berkenan dengan pindaan senikata lagu Selamat Sultan sepertimana berikut :-

Allah daulatkan Tuanku Sultan

Terengganu Darul Iman

Allah peliharakan Tuanku Sultan

Sejahtera sepanjang zaman

Allah rahmatkan Tuanku Sultan

Memerintah rakyat aman

Senikata lagu " Selamat Sultan " di atas telah digunapakai sehingga sekarang.

MUATTURUN LAGU “ Selamat Sultan” http://www.sendspace.com/file/ncqsz2

0 ulasan:

Anda sepatutnya dilencongkan ke laman baharu dalam masa 5 SAAT, JIKA TIDAK sila KLIK DI SINI